Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday 16 January 2010

Hectic Lives

Sejak anak-anak dah mula ke sekolah semula, masa untuk diri aku sendiri sangat terhad. Letih, memang letih tapi aku kena tekadkan azam dan semangat untuk mereka.
5.45 pagi
Seawal ini aku dah bangun walaupun rasa malas yang teramat sangat tapi aku kena bangun untuk siapkan makanan tengahari anak-anak aku bila mereka balik dari sekolah. Sambil memasak lauk yang mereka minta, aku teruskan menyidai baju yang dah aku basuh malam sebelumnya. Bila aku dah selesai sidai baju, aku akan pastikan rumah bersih dikemas dan disapu. Aku kena pastikan semuanya dalam keadaan yang teratur sebab bila aku balik dari kerja petang nanti tak perlulah aku berkemas lagi.
6.30 pagi
Waktu ini, Syafiq dah ke sekolah. Syafiq ke sekolah menaiki trak tapi bila trak tak ada, dia akan menumpang kereta jiran. Selalunya memang dia akan tumpang kereta jiran pun. Terima kasih jiran!!!
7.15 pagi
Kalau tak banyak benda yang aku kena uruskan, waktu ni kami dah keluar rumah. Syafiqah, tahun ni UPSR so selalunya dia kena awal ke sekolah. Tiap-tiap pagi pihak sekolah akan adakan bacaan Yasin khas untuk murid Tahun 6. Kadang-kadang terlambat juga. Maklum, pagi-pagi kadang-kadang tu ada saja halnya.
6.30 petang
Kalau dia tak ada urusan apa-apa, waktu ni aku dah sampai rumah. Selalunya aku akan terus basuh baju, sebab takut tak sempat nak sidai esok. Kalau aku tak letih, aku akan masak tapi selalunya beli saja. Kuat macam mana pun badan aku ni tapi tetap tak larat. Lebih-lebih lagi kalau di pejabat, kerja banyak.
8.30 malam
Setiap hari Isnin & Selasa, Syafiqah akan ke kelas tuisyen.
9.00 malam
Aku kena pastikan waktu ni semuanya dah selesai. Anak-anak dah makan dan kerja-kerja lain pun dah selesai sebab anak-anak kena mula ulangkaji. Kadang-kadang tu macam nak menangis juga dibuatnya, penat sangat tapi aku cuba juga kuatkan diri aku. Aku mahu pelajaran anak-anak tahun ni cemerlang. Tapi ada masa, aku kena curi juga masa untuk aku rehat. kalau aku tak buat macam tu, bila aku letih lagi aku tak boleh nak hadap anak-anak aku. Untuk mereka aku kena pastikan badan dan kesihatan aku sempurna. Kalau aku sakit, siapa yang akan uruskan mereka.
Ya Allah, bukalah hati anak-anakku agar mereka dapat belajar dan menjadi seorang yang cemerlang. Amin.
11.00 malam
Tidurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!
Selamat Malam sayang. Selamat Malam semuanya.

No comments:

Post a Comment