Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday 11 August 2011

Hati Aku Sakit Lagi!!!

Kenapalah tak habis-habis aku diduga. Kenapalah susah sangat untuk aku rasa aman, tenteram tanpa ada apa pun masalah. Kalau terus-terusan macam ni, boleh mati aku dibuatnya. Jiwa aku makin hari makin rapuh. Baru aku nak rasa aman, tenang ada saja dugaan. Tak boleh ke aku hidup aman. Kenapalah???

Hari ni sekali lagi aku tergerak nak check handphone laki aku. Bukan aku tak percaya pada laki aku tapi hak aku untuk pastikan tak ada apa-apa yang tidak elok berlaku. Beringat sebelum kena bukan dah terantuk baru nak tenggadah. Lagipun aku tak nak pisang berbuah berkali-kali.

Aku terbaca sms yang datangnya dari no ni 0172399569. Lucah betul bunyinya, nak servis bagai. Hello!!! Servis apa tu???

Kali ini aku terus tanya pada laki aku. Kalau sebelum ni, selalunya aku cuma tahan sendiri tapi kali ini tidak. Aku dah tak larat nak simpan, telan kononnya aku ni kuat. Jawapan biasa yang aku dengar. Tak kenal. Tak tau macamana orang tu dapat no handphone dia. Tak layan dan macam-macam lagilah. Kononnya no tu milik Gay Boy dan Gay Boy tu dapat no handphone laki aku ni dari orang.

Aku cuba telefon, dengar suara macam perempuan. Aku minta tolong kawan aku telefon no tu. Pun kata dia, suara macam perempuan. Tapi bila kawan aku cuba telefon sekali lagi dengan menggunakan no yang lain, bila didengar betul-betul... memang bunyi macam AUW!

Aku tak puas hati. Aku sendiri cuba hantar sms. Ada respon. Memang gila orang ni. Berani dia bagi respon yang macam itu pada orang asing. Dah papa sangat ke sampai sanggup buat kerja-kerja terkutuk tu hanya kerana duit.

Takpe... aku akan perangkap no ni sehingga dia setuju untuk berjumpa. Masa tu biar dia tau langit tu tinggi ke rendah.

Cuma ada sedikit kemusykilan. Berkat ayat-ayat yang aku baca mohon petunjuk dari Allah SWT, naluri aku dapat rasakan mungkin ini kerja si 'donut' yang memang takkan putus asa buat apa saja untuk memporak-perandakan hidup aku. Mana tau, si 'donut' tu kan ada no handphone laki aku. Kot dia yang bagi no laki aku kat gay boy tu. Suruh gay boy tu buat macam tu, biar aku bergaduh lagi dengan laki aku. Mana tau sebab aku ingat apa yang sahabat aku pernah bagitau pada aku yang si 'donut' tu akan buat apa saja untuk musnahkan hidup aku.

Atau ini semua propaganda politik. Sengaja cetus situasi macam ni supaya laki aku tu nampak buruk pada mata masyarakat sebab dalam politik ramai yanng tak suka pada laki aku ni. Kot semua takut kalau-kalau laki aku naik... dengkilah. Buatlah macam-macam untuk jatuhkan laki aku.

Ya Allah, Kau berilah aku petunjuk. Amin.

Wednesday 10 August 2011

Ralat!!!

Satu insiden yang agak susah untuk aku keluarkan dari kotak memori aku yang berlaku petang semalam waktu aku dan hubby sedang membeli juadah berbuka puasa untuk anak2. Waktu tu kami sedang membeli nasi tomato yang dipesan oleh anak2. Sedang aku menunggu bungkusan nasi tomato disiapkan, datang seorang budak lelaki berpakaian sekolah bertanyakan harga nasi tomato itu. "RM3.50", beritahu tuan punya gerai. Aku sempat mengulangi harga nasi tomato tu sebab kurang jelas pada telinga budak lelaki tadi. Sambil mengira duit yang ada di tangan, budak tu terus pergi. Tak jadi beli sebab duitnya tidak cukup. Aduh... tersentap betul hati aku. Kesiannya dia. Nak makan tapi tak dapat. Aku teringatkan anak2. Bayangkan kalau budak itu, anak aku. Terlalu cepat budak tu pergi. Tak sempat aku panggil. Aku harap aku akan terserempak lagi dengan dia sebab aku nak belikan dia nasi tomato yang dia nak tu. Tapi kalau aku tak jumpa dia, aku mohon pada Allah SWT agar esok dia ada duit yang cukup untuk beli apa yang dia nak makan. Aku rasa sungguh ralat. Sedih.

Aku bersyukur dengan rezeki yang Allah SWT limpahkan pada aku dan keluarga kerana setidak-tidaknya anak2 tak pernah gagal mendapatkan apa yang mereka inginkan. Mewah rezeki anak2 kami di bulan puasa ni. Syukur Alhamdullillah.

Tuesday 9 August 2011

1:25am

1.25am. Setiap kali bila tibanya waktu ini, pasti aku akan terjaga dari tidur. Pada mulanya aku tak berapa ambil kisah tapi bila hampir setiap hari, setiap kali bila tibanya waktu 1.25am, aku pasti akan terjaga... menjadi tanda tanya juga???

Apa ada dengan 1.25am? Kenapa setiap kali tibanya waktu ini walau macamana lena sekali pun tidur aku, pasti aku akan terjaga. Setiap kali bila aku terjaga, aku lihat jam di handphone pasti menunjuk 1.25am. Pelik???

Dan bila aku dah terjaga pastinya aku akan sukar untuk tidur semula. Mungkin kerana itu, aku selalu dapat sakit kepala yang melampau sekarang ni. Aku memang hairan. Hairan kerana hampir setiap kali bila aku terjaga pasti jam di handphone akan menunjukkan
1.25am. Dan bertambah-tambahlah sakit kepala aku bila setiap kali itu juga aku akan berfikir... kenapa 1.25am???