Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday 1 January 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010!!!

AZAM!!!

Azam untuk anak2 ku!!!
Aku akan pastikan pelajaran anak2 ku akan sentiasa cemerlang.

Banyak perkara yang perlu dan harus aku lakukan untuk itu. Aku perlu tegas dalam membentuk peribadi anak2 ku dan dalam waktu yang sama aku harus memberikan sepenuh kasih sayang pada mereka.

Untuk suami ku!!!
Aku akan menjadi tulang belakang mu sayang walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

Semoga Allah akan mengurniakan rezeki yang melimpah buat mu sayang. Semoga Allah sentiasa memberkati apa jua yang sayang lakukan. Semoga apa yang sayang inginkan akan tercapai. Semoga sayang akan berjaya dalam kerjaya dan politik sayang. Su akan sentiasa mendoakan kesejahteraan sayang. Semoga dijauhkan segala musibah.

Dan semoga kasih sayang antara kita akan kekal SAMPAI SYURGA!!!

...
...
...
...
...

Azam untuk diriku sendiri!!!
Aku ingin dapatkan kembali segala yang pernah aku hilang pada 2009.

Semangatku...
Kehidupanku...
Ketenanganku...
Kebahagiaanku...

Untuk itu, JIWA aku harus kuat. Aku amat berharap agar 2010 akan menjanjikan kehidupan yang lebih sempurna untuk aku sekeluarga. Semuanya bergantung pada diri ku kerana aku yang akan menentukan hala tuju dan membentuk masa depan keluargaku. Bukan orang lain tapi AKU.
Insyaallah!!!
Semoga Allah agar sentiasa memberkati semua usahaku.
Amin!!!

No comments:

Post a Comment