Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday 17 January 2010

Nur Syahirah Nadiah

My Angel
Ini anak bongsu aku.
Aku panggil dia 'Baby' sebab memang dia baby aku sambil bila-bila pun. Baby suka bergaya, walaupun baru berusia 8 tahun tapi Baby memang pandai melawa. Baby suka nyanyi. Lagu kegemaran Baby ialah Ku Tahu by Mila. Warna kegemaran Baby ialah pink. Baby suka makan kuih apam kecil yang berwarna-warni tu. Baby pandai bergaya bila berhadapan dengan camera. Pasal possing, dialah orangnya. Baby cukup teliti. Apa pun yang Baby lakukan, Baby mahu semuanya sempurna.
Baby pandai ambil hati aku. Baby akan puji masakan aku setiap kali aku masak untuk mereka. Baby suka cium dan peluk aku. Aku happy bila setiap kali Baby buat begitu. Baby juga suka mewarna. Baby akan leka dengan buku-buku mewarnanya.
Aku dan Baby adalah 1.
Kegemaran kami adalah sama. Baby suka makan apa yang aku suka makan. Baby suka buat apa yang aku suka buat. Baby suka baca buku sebab aku pun suka baca buku. Baby suka tengok cerita seram, macam aku. Kesimpulannya, Baby adalah klon aku.

1 comment: