Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday 10 August 2011

Ralat!!!

Satu insiden yang agak susah untuk aku keluarkan dari kotak memori aku yang berlaku petang semalam waktu aku dan hubby sedang membeli juadah berbuka puasa untuk anak2. Waktu tu kami sedang membeli nasi tomato yang dipesan oleh anak2. Sedang aku menunggu bungkusan nasi tomato disiapkan, datang seorang budak lelaki berpakaian sekolah bertanyakan harga nasi tomato itu. "RM3.50", beritahu tuan punya gerai. Aku sempat mengulangi harga nasi tomato tu sebab kurang jelas pada telinga budak lelaki tadi. Sambil mengira duit yang ada di tangan, budak tu terus pergi. Tak jadi beli sebab duitnya tidak cukup. Aduh... tersentap betul hati aku. Kesiannya dia. Nak makan tapi tak dapat. Aku teringatkan anak2. Bayangkan kalau budak itu, anak aku. Terlalu cepat budak tu pergi. Tak sempat aku panggil. Aku harap aku akan terserempak lagi dengan dia sebab aku nak belikan dia nasi tomato yang dia nak tu. Tapi kalau aku tak jumpa dia, aku mohon pada Allah SWT agar esok dia ada duit yang cukup untuk beli apa yang dia nak makan. Aku rasa sungguh ralat. Sedih.

Aku bersyukur dengan rezeki yang Allah SWT limpahkan pada aku dan keluarga kerana setidak-tidaknya anak2 tak pernah gagal mendapatkan apa yang mereka inginkan. Mewah rezeki anak2 kami di bulan puasa ni. Syukur Alhamdullillah.

No comments:

Post a Comment