Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday 4 June 2010

Home Sick

Sudah 2 hari aku di rumah, demam. Rimas juga!!! Nak kemas rumah, badan tak sihat. Tak larat nak buat. Dari pagi asyik tidur je. Hari ni demam dah kurang tapi tekak aku ni gatal betul. Aku tak berani nak makan ubat batuk banyak-banyak sebab nanti mengantuk gila, tidur lagi. Aku dah rimas asyik tidur je. Pergerakan aku terbatas. Aku cuba juga kuatkan diri aku untuk membuat kerja-kerja rumah tapi badan aku memang tak larat. Aku harap selepas tengahari ni badan aku akan lebih selesa dan bolehlah aku berkemas sebab baju yang belum berlipat dah membukit tingginya kat sofa aku tu. Kalau orang datang, tentu kelam kabut aku dibuatnya.
Kadang-kadang tu teringin juga nak ada orang gaji supaya ringan sikit beban aku tapi bila difikir-fikirkan belum tiba masanya. Mungkin lain kali atau mungkin tidak!!! Bukan aku tak suka ada orang gaji ni tapi aku bimbang. Bimbang akan hilang privacy aku. Bimbang aku akan dapat orang gaji yang tak senonoh, nanti dia pulak yang berlagak macam 'mem'.
Sekarang ni, aku sedang tunggu anak-anak aku balik dari sekolah. Bila mereka dah balik nanti, taklah aku rasa sunyi lagi. Eeeee... boring juga kalau jadi surirumah sepenuh masa kan? Memang masa untuk diri sendiri dan masa untuk berkemas rumah tu banyak tapi nantilah, mungkin aku akan jadi surirumah sepenuh masa bila dia jadi 'YB' nanti (Insyaallah).

No comments:

Post a Comment