Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday 14 November 2011

S.P.M aka Sijil Pelajaran Malaysia


SPM
bermula hari ini dan akan berakhir pada 1 Disember 2011 (mengikut jadual waktu peperiksaan, Muhammad Syafiq Bin Mohmad Nizam). Rasanya tiada ibubapa yang tidak risau jika mereka mempunyai anak yang menduduki SPM pada tahun ini. Sama seperti ibubapa yang lain, aku juga risau tetapi Insyaallah, aku yakin yang Muhammad Syafiq Bin Mohmad Nizam akan dapat menjawab soalan-soalan yang diberi dengan tenang.

Ya Allah, Ya Rahman... aku bermohon pada Mu Ya Allah. Kau bukakanlah minda anakku, Muhammad Syafiq Bin Mohmad Nizam. Kau Lapangkanlah dadanya. Kau berilah dia ketenangan agar dia dapat menjawab soalan-soalan SPM dengan mudah. Semoga anakku Muhammad Syafiq Bin Mohmad Nizam akan berjaya dengan cemerlang di dalam peperiksaan SPMnya. Amin.

Mama akan sentiasa mendoakan agar anak Mama, Muhammad Syafiq Bin Mohmad Nizam akan beroleh kejayaan yang cemerlang.

No comments:

Post a Comment