Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday 2 April 2010

KENAPA????? WHY?????

Mungkin ada sesetengah orang akan cuba pamerkan hanya yang terbaik dalam blog mereka. Mereka tidak mahu ada yang tahu apa sebenarnya yang mereka lalui.

'Bohong' kalau dalam kehidupan tak ada pasang surutnya.

'Mustahil' setiap orang akan berasa bahagia selalu. Tidak banyak sikit pasti seseorang itu akan alami bermacam-macam perasaan.

MARAH... KECEWA... SEDIH... SAKIT HATI...
GEMBIRA... BAHAGIA...
dan 1001 macam perasaan lagi!!!

Aku bingung.
Aku tak tahu kenapa kebelakangan ini perasaan aku bercelaru.
Aku sendiri tak tahu apa sebenarnya yang aku rasa cuma yang pasti aku rimas dengan apa yang terpaksa aku rasa waktu ini.

Mungkin kerana 'Sejarah Hitam' itu?
Mungkin... sebab kebelakangan ini walau sekuat manapun aku cuba hindar, aku cuba untuk tidak mengingatkan kembali apa yang telah berlaku, semakin kuat ia bermain dalam benakku.
Aku tak tahu pada siapa untuk aku mengadu.
Aku tak tahu pada siapa yang faham untuk aku luahkan diri aku.
Semakin hari semakin kuat ia berlegar-legar dalam kepalaku.
KENAPA????? WHY?????
Kenapa terlalu sukar untuk aku lupakan?
Kenapa payah untuk aku keluar dari kemelut ini? KENAPA?????
Kenapa hati aku masih terlalu sakit???
Kenapa hati aku masih luka???
Kenapa sukar untuk aku capai azamku?
Aku inginkan kembali...
... semangatku
... kehidupanku
... ketenanganku
... kebahagianku

No comments:

Post a Comment