Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 11 August 2011

Hati Aku Sakit Lagi!!!

Kenapalah tak habis-habis aku diduga. Kenapalah susah sangat untuk aku rasa aman, tenteram tanpa ada apa pun masalah. Kalau terus-terusan macam ni, boleh mati aku dibuatnya. Jiwa aku makin hari makin rapuh. Baru aku nak rasa aman, tenang ada saja dugaan. Tak boleh ke aku hidup aman. Kenapalah???

Hari ni sekali lagi aku tergerak nak check handphone laki aku. Bukan aku tak percaya pada laki aku tapi hak aku untuk pastikan tak ada apa-apa yang tidak elok berlaku. Beringat sebelum kena bukan dah terantuk baru nak tenggadah. Lagipun aku tak nak pisang berbuah berkali-kali.

Aku terbaca sms yang datangnya dari no ni 0172399569. Lucah betul bunyinya, nak servis bagai. Hello!!! Servis apa tu???

Kali ini aku terus tanya pada laki aku. Kalau sebelum ni, selalunya aku cuma tahan sendiri tapi kali ini tidak. Aku dah tak larat nak simpan, telan kononnya aku ni kuat. Jawapan biasa yang aku dengar. Tak kenal. Tak tau macamana orang tu dapat no handphone dia. Tak layan dan macam-macam lagilah. Kononnya no tu milik Gay Boy dan Gay Boy tu dapat no handphone laki aku ni dari orang.

Aku cuba telefon, dengar suara macam perempuan. Aku minta tolong kawan aku telefon no tu. Pun kata dia, suara macam perempuan. Tapi bila kawan aku cuba telefon sekali lagi dengan menggunakan no yang lain, bila didengar betul-betul... memang bunyi macam AUW!

Aku tak puas hati. Aku sendiri cuba hantar sms. Ada respon. Memang gila orang ni. Berani dia bagi respon yang macam itu pada orang asing. Dah papa sangat ke sampai sanggup buat kerja-kerja terkutuk tu hanya kerana duit.

Takpe... aku akan perangkap no ni sehingga dia setuju untuk berjumpa. Masa tu biar dia tau langit tu tinggi ke rendah.

Cuma ada sedikit kemusykilan. Berkat ayat-ayat yang aku baca mohon petunjuk dari Allah SWT, naluri aku dapat rasakan mungkin ini kerja si 'donut' yang memang takkan putus asa buat apa saja untuk memporak-perandakan hidup aku. Mana tau, si 'donut' tu kan ada no handphone laki aku. Kot dia yang bagi no laki aku kat gay boy tu. Suruh gay boy tu buat macam tu, biar aku bergaduh lagi dengan laki aku. Mana tau sebab aku ingat apa yang sahabat aku pernah bagitau pada aku yang si 'donut' tu akan buat apa saja untuk musnahkan hidup aku.

Atau ini semua propaganda politik. Sengaja cetus situasi macam ni supaya laki aku tu nampak buruk pada mata masyarakat sebab dalam politik ramai yanng tak suka pada laki aku ni. Kot semua takut kalau-kalau laki aku naik... dengkilah. Buatlah macam-macam untuk jatuhkan laki aku.

Ya Allah, Kau berilah aku petunjuk. Amin.

Wednesday, 10 August 2011

Ralat!!!

Satu insiden yang agak susah untuk aku keluarkan dari kotak memori aku yang berlaku petang semalam waktu aku dan hubby sedang membeli juadah berbuka puasa untuk anak2. Waktu tu kami sedang membeli nasi tomato yang dipesan oleh anak2. Sedang aku menunggu bungkusan nasi tomato disiapkan, datang seorang budak lelaki berpakaian sekolah bertanyakan harga nasi tomato itu. "RM3.50", beritahu tuan punya gerai. Aku sempat mengulangi harga nasi tomato tu sebab kurang jelas pada telinga budak lelaki tadi. Sambil mengira duit yang ada di tangan, budak tu terus pergi. Tak jadi beli sebab duitnya tidak cukup. Aduh... tersentap betul hati aku. Kesiannya dia. Nak makan tapi tak dapat. Aku teringatkan anak2. Bayangkan kalau budak itu, anak aku. Terlalu cepat budak tu pergi. Tak sempat aku panggil. Aku harap aku akan terserempak lagi dengan dia sebab aku nak belikan dia nasi tomato yang dia nak tu. Tapi kalau aku tak jumpa dia, aku mohon pada Allah SWT agar esok dia ada duit yang cukup untuk beli apa yang dia nak makan. Aku rasa sungguh ralat. Sedih.

Aku bersyukur dengan rezeki yang Allah SWT limpahkan pada aku dan keluarga kerana setidak-tidaknya anak2 tak pernah gagal mendapatkan apa yang mereka inginkan. Mewah rezeki anak2 kami di bulan puasa ni. Syukur Alhamdullillah.

Tuesday, 9 August 2011

1:25am

1.25am. Setiap kali bila tibanya waktu ini, pasti aku akan terjaga dari tidur. Pada mulanya aku tak berapa ambil kisah tapi bila hampir setiap hari, setiap kali bila tibanya waktu 1.25am, aku pasti akan terjaga... menjadi tanda tanya juga???

Apa ada dengan 1.25am? Kenapa setiap kali tibanya waktu ini walau macamana lena sekali pun tidur aku, pasti aku akan terjaga. Setiap kali bila aku terjaga, aku lihat jam di handphone pasti menunjuk 1.25am. Pelik???

Dan bila aku dah terjaga pastinya aku akan sukar untuk tidur semula. Mungkin kerana itu, aku selalu dapat sakit kepala yang melampau sekarang ni. Aku memang hairan. Hairan kerana hampir setiap kali bila aku terjaga pasti jam di handphone akan menunjukkan
1.25am. Dan bertambah-tambahlah sakit kepala aku bila setiap kali itu juga aku akan berfikir... kenapa 1.25am???

Monday, 25 July 2011

Pemerhati Sunyi

Dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri atau suami pasti ada kesepian dan kelelahan. Tugas rutin yang dijalankan hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan sehinggalah bertahun-tahun adakalanya menimbulkan kejemuan dan kesepian. Putaran kehidupan, pasti meletihkan. Ditambah pula kadangkala oleh sikap pasangan yang tidak memahami jiwa dan perasaan. Ketika itu segalanya hambar dan tawar.

Jika itu yang sedang terjadi pada diri kita kini, jangan dibiarkan ia berlarutan. Bertindaklah untuk mengubah keadaan bermula dengan mengubah jiwa, pemikiran dan perasaan sendiri. Kita tidak mampu mengubah apa yang di luar diri tetapi kita boleh mengubah diri.

Pertama, perlu kuatkan jiwa. Bagaimana? Apalagi kalau bukan dengan solat dan zikir. Siti Fatimah yang mengadu keletihan dalam menguruskan rumahtangga, mendapat kekuatan dengan berzikir Subhanallah, Alhamdulillah dan Allah Hu Akbar yang diberikan oleh ayahandanya Rasulullah saw.

Pemikiran Siti Fatimah dilapangkan dengan didikan untuk mencintai akhirat melebihi dunia. Lalu dengan 'tauhidic mindset' itulah terasa olehnya betapa kecilnya penderitaan dunia berbanding penderitaan akhirat. Justeru, dia rela menerima kesusahan dunia yang sedikit dan sementara demi mengenangkan nikmat akhirat yang lebih baik dan selama-lamanya. Emosinya jadi tenteram ketika kesepian, oleh rasa hatinya yang sentiasa merasai ada Allah yang sentiasa memerhatikannya. Begitulah perasaan orang yang hampir dengan Allah. Imam Ghazali pernah menulikan, “ketika kau kesepian jangan kau katakan aku sunyi… tetapi katakan pada diri, di sisiku sentiasa ada Pemerhati!”

Dunia ini tidak lepas daripada rasa jemu, sunyi dan lesu. Nikmat yang diburu, akan rasa jemu apabila sudah dalam genggaman. Manis, seronok dan indah hanya sementara. Tidak kira yang nikmat yang bernama anak, suami atau isteri. Tanpa cinta yang mendalam dan menyala-nyala kepada Allah, segala bentuk cinta yang lain (cinta mahkluk) akan beransur malap dan gelap. Begitulah fitrah hati. Cinta Allah itu tapak segala cinta yang lain. Bila cinta Allah goyah, cinta yang lain akan turut rebah.

Tanpa kembali kepada cinta Allah, kita akan menjadi pemburu cinta yang dungu dan lesu. Cinta yang di depan mata dipersia, cinta fatamorgana yang tidak nyata diburu bagai nak gila. Akibat jemu, sepi dan lesu, ada yang mula bertindak membuka lembaran cinta yang baru. Mereka ketagih untuk merasai semula keharuman dan kehangatan cinta yang pernah dialami masa muda-muda dahulu. Orang lama ini bermimpi untuk menjadi orang baru yang hidup penuh keceriaan, bertenaga dan bermotivasi dengan menjana cinta yang baru.

Lalu wujudlah apa yang dinamakan 'teman tapi mesra'. Suami orang dan isteri orang berhubung dengan mesra. Ini hakikatnya satu lagi 'produk’'hubungan mungkar tajaan syaitan untuk menipu manusia. Kononnya, keduanya tetap menjaga perkahwinan masing-masing, tetapi mereka akan bersahabat dengan bertemu, bermesra, berbual dan saling meluah rasa tanpa pengetahuan pasangan mereka. Teman tapi mesra ini hakikatnya adalah perbuatan yang telah menghampiri zina. Istilah itu hanya dicipta untuk mengurangkan rasa berdosa kerana bermesra dengan isteri atau suami orang.

Tepuk dada, tanya rasa hati kita yang paling dalam, sukakah kita jika isteri meluahkan rasa hatinya kepada orang lain? Bagaimana rasa siisteri, apabila diketahuinya ada perempuan lain yang dimesrai dan diambil berat persaannya oleh suaminya sendiri? Tentu ada hati yang terluka. Pasti ada rasa yang tidak rela. Sedangkan segala rahsia harus dikongsi bersama. Mengapa dia perlukan 'teman tapi mesra'? Apakah kerana aku sudah jadi 'suami 'tapi tidak mesra atau 'isteri' tanpa cinta?”

Anehnya, isteri atau suami yang lupa diri ini begitu bersopan, lemah lembut, bergaya dan menjaga penampilan diri di hadapan teman mesranya. Kata-katanya sungguh sopan, tingkah lakunya sungguh baik. Bila bersama temannya dialah lelaki paling romnatis atau wanita yang paling beradab. Padahal dengan suami atau isteri di rumah, tutur katanya kasar, sapanya selamba dan tingkah lakunya serba pasif dan air mukanya yang masam dan bungkam. Sungguh pelik, dia telah menzalimi dirinya sendiri dengan memberi hak kepada yang tidak berhak manakala merampas hak daripada yang berhak. Hak suami atau isteri telah dirampas lalu diberikan kepada teman tapi mesranya itu!

Itu kisah suami atau isteri yang berkerja di luar, samada di pejabta kerajaan atau di badan-badan swasta. Mereka punya alasan, ruang dan peluang untuk selingkuh di luar. Bagaimana pula dengan isteri yang berada di rumah? Ya, dalam dunia tanpa sempadan dan era ICT ini segalanya berada di hujung jari. Dosa dan pahala boleh diraih melalui satu 'klik' sahaja pada papan kekunci atau tetikus komputer. Celik IT tetapi buta hati telah menyebabkan lebuh raya siber menjadi medan menjana cinta kayu tiga yang penuh dosa dan laga (sia-sia) ini.

Kaldai cinta. Itulah gelaran yang layak diberikan kepada seorang yang bercinta secara membabi-buta. Tanpa tujuan yang jelas dan pengenalan yang tepat, kaldai cinta ini memberi cinta sepenuh dan seluruhnya. Dan akibatnya, segala miliknya tergadai. Maruah, akhlak dan semua orang yang menyayanginya rela dikorban. Bayangkan, berkenalan dan bercinta hanya melalui laman sosial dalam internet, samada lewat facebook, twiter atau YM, namun akhirnya menumbuhkan bibit cinta di alam maya dan komitmen yang nyata dalam alam realiti.

Bayangkan bagaimana teganya seorang isteri yang sudah punya beberapa orang anak dan seorang suami rela mengabaikan tanggung jawabnya kerana cintanya yang mendalam kepada seorang lelaki seberang laut yang kononnya sangat memahami, prihatin dan menyayanginya sepenuh hati. Manakala seorang gadis pula rela meninggalkan ibu-bapa yang menyayanginya kerana mengikut kata kekasih hatinya yang bermata biru atau yang berkulit hitam. Atau ada pula suami yang sanggup berjaga malam, berteleku di hadapan komputer riba hanya untuk berbual-bual dengan ‘kekasih’ maya.

Mula-mulanya hanya berkenalan, kemudian berbual-bual dan akhirnya mula meluahkan masalah hidup masing-masing. Anda mungkin tidak percaya tetapi kenyataanya perkara yang seumpama ini memang sering berlaku. Alasan 'kaldai cinta' ini ringkas dan mudah sahaja – 'saya kesepian', 'suami tidak pandai melayan perasaan', 'isteri tidak pandai berhias'. Begitulah yang kerap kita dengar. Hairan juga, mereka ini bukan baru sehari dua duduk sebumbung, sudah bertahaun-tahun, sudah beranak pinak, tetapi seolah-olah baru saat itu ternampak segala keaiban dan kecacatan pasangan.

Ironinya, pada diri kekasih mayanya semua nampak sempurna. Hanya kerana dibelai dengan kata-kata indah, dihadiahkan gambar sejambak bunga, diberikan potret gambar (yang tidak dapat dipastikan adakah itu gambar sebenarnya), siisteri yang kesepian itupun cair. Lalu berbalas-balaslah kata cinta dan ayat-ayat 'I love you', 'I trust you' dan sebagainya. Waktu dinihari yang sepatutnya siisteri bangun solat tahajud mendoakan anak-anak dan suami telah digunakan secara curi-curi untuk berbual dengan kekasih hati.

Orang di sebelah sana, penuh rencana licik dan strategik. Perlahan-lahan, tahap demi tahap dia menjanjikan habuan. Bermula dengan hadiah, ingin datang melawat, ada wang hadiah yang akan dimasukkan dalam akaun bank kekasih, sehinggalah jemputan datang ke negaranya untuk memulakan hidup baru atau sekadar bercuti dalam jangkamasa tertentu. Mendengar segala janji manis itu apalagi… kaldai cinta inipun melonjak kegembiraan, tidak sedar perangkap sedang menganga untuk menelannya.

Sungguh tragis, apabila kaldai cinta itu akhirnya bertukar menjadi kaldai dadah. Mereka ditipu oleh kekasih mayanya untuk membawa dadah sama masuk ke dalam negara atau keluar negara. Daripada kesepian di rumah sendiri akhirnya mereka menjadi lebih kesepian apabila menjadi penghuni penjara. Ada pula yang maruahnya tergadai, bila mereka dinodai dan gambar-gambar yang mengaibkan itu akhirnya dijadikan bahan ugutan untuk mereka menurut kehendak sendikit dadah bertaraf antarabangsa ini. Cinta yang didamba tidak ditemui, kecelakaan dan bahana baru pula yang dtang menimpa.

Jangan menyelesaikan masalah dengan satu masalah. Kesepian, kelesuan dan kejemuan tidak akan dapat diatasi oleh perbuatan dosa dan amalan yang mungkar. Sebaliknya penuhi masa dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat. Jika kita beriman dan memegang teguh Islam, kita akan merasai bahawa tugasan dan tanggungjawab sentiasa melebihi masa yang ada. Begitu yang pernah ditegaskan oleh tokoh tersohor Hasan Al Banna. Jadi, mukmin yang hakiki sentiasa sibuk dan dapat mengatasi dua ‘musuh’ yang sering menyebabkan manusia alpa yakni kesihatan dan kelapangan masa.

Sepatutnya, masa yang terluang digunakan untuk bermacam-macam kegiatan yang bermanfaat. Ramai isteri yang meluangkan masa untuk mempelajari serta mendalami lagi kefasihan membaca Al Quran. Ada yang guat dengan aktiviti-aktiviti pengajian. Manakala sebahagiannya pula sibuk dengan program-program kebajikan. Isteri yang solehah dan suami yang soleh soleh sedang sibuk menyediakan bekalan untuk menempuh jalan pulang, tapi dia pula sibuk mengumpul beban dosa seolah-olah tidak mahu pulang!

Alangkah sia-sianya hidup jika masa banyak dibazirkan melayani dan melayari laman sosial secara marathon ditambah pula aktiviti mungkar memadu cinta dengan lelaki bukan mahram? Alangkah bodohnya isteri atau suami yang bangun di tengah malam, mencuri-curi berbual dengan kekasih mayanya sedangkan ada isteri solehah dan suami yang soleh sedang bermunajat kepada Allah memohon keselamatan seluruh ahli keluarganya dari malapetaka dunia dan akhirat? Sah, dialah kaldai cinta yang tertipu, bercinta tanpa guna akal yang waras, hati yang bersih dan perasaan yang stabil. Di mana wajah kita hendak dihadapkan di hadapan Allah di akhirat nanti ketika kita menderhakai suami dan menentang Allah serta RasulNya hanya kerana cinta murahan, khayalan dan tidak berpijak di bumi nyata?

Kemanisan beragama hanya akan dinikmati oleh mereka yang menegakkannya dalam kehidupan. Menegakkan hukum Allah di dalam rumah tangga akan memberikan ketenangan, kebahagiaan dan kesejahteraan. Manakala melanggarnya akan mendatangkan kesusahan, penderitaan dan kekacauan jiwa. Teman tapi mesra dan memiliki kekasih maya adalah dua penyakit jiwa yang sedang melanda rumah tangga umat Islam kini.

Puncanya? Mudah sahaja… jiwa kosong, tujuan hidup tidak jelas. Bagi mereka semua tidak kena. Suami pendiam dikatakan tidak romantik. Isteri peramah dikatakan penyebok. Bukan silap apa yang dipandang tetapi silapnya pada hati yang serong lalu pandangan jadi melencong. Benarlah kata bijak pandai, tidak ada angin yang menyebelahi mana-mana kapal yang tidak ada pelabuhan untuk dituju. Maka begitulah nasib kaldai cinta ini… hidupnya serba tidak kena, serba keliru dan celaru kerana tidak ada pelabuhan cinta sejati dan hakiki untuk dituju!

Wednesday, 13 July 2011

Conflict of Emotions



sakit hati
marah
benci
b
osan
hairan
sed
ih

KENAPA semua yang di atas bergabung?

KENAPA mereka bergabung? KENAPA boleh terjadinya pergabungan ini?




KENAPA aku?
KENAPA aku rasa semua ini sekarang?

APA yang patut aku buat?


menangis?
aku dah terlalu banyak menangis

menjerit?
takkan aku nak menjerit, nanti orang kata aku gila

makan?
aku memang selalu makan banyak bila aku stress
tak maulah, nanti aku gemuk

shopping?
asyik shopping je


AAAAAAARGH!!!


I need a big monkey HUG!!!

Sunday, 10 July 2011

Thursday, 7 July 2011

RINDU?

Rindu?
Bertanya tentang rindu. Apa itu rindu? Apakah makna rindu itu.

Rindu adalah meninggalkan yang majazi dan menggapai yang hakiki. Rindu adalah menyatukan segala takluk pada jasmani dan rohani. Rindu adalah segala keluh-kesah dan tunduk menyerah. Dan sekian banyak lagi nukilan jiwa tentang rasa yang menjalar itu.

Ada pertemuan, ada perpisahan dan di sinilah makna rindu itu memberi peranan. Tapi, ada juga yang tidak bertemu, masih terasa rindu itu. Tidak percaya? Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan rindu kita kepada orang yang tersayang. Seberapa penting rindu itu tergantung kepada orang yang dirindui dan seberapa lama rindu itu bertahan terhadap orang yang dirindui. Ada orang, walaupun jauh beribu batu sekalipun, masih berhubung untuk menghilangkan rindu. Tapi, tuhan saja yang tahu perasaan itu bagaimana. Siapa yang berdaya menahan rasa rindu? Apabila rindu itu menyapa, sakitnya rasa yang menghimpit hati itu hanya yang merindui sahaja yang merasainya.

rindu itu datang lagi
menyapa diri di kala sepi

melakar rasa di lubuk hati

wahai rindu mengapa menghimpit hati?


andai aku tahu ini rasa rindu
merindui si cinta hati yang dikasihi

menyayangi dia sepenuh hati

akan aku simpan rindu ini
terjalin rapi di tangkai hati

biar tersemat kukuh tidak berlari
merungkai segala kekeliruan hakiki

aku ingin engkau disini

menemani saat aku sepi
aku rindu setengah mati

tanpa kau di sisi


kadang aku lelah

kadang aku sedar

sakitnya menahan rindu


Tiba-tiba aku rindu. Tiba-tiba aku ingat. Tiba-tiba aku ingin bertemu. Kenapa? Padahal aku sudah tahu, ianya mustahil. Aku cuba sembunyi. Sembunyi jauh. Jauh sampai ke dalam tempat yang paling dalam tapi tetap tidak mampu untuk sembunyikan rasa rindu yang membunuh ini. Aku rimas. Rimas dengan rindu ini. Rasanya menyeksa dan aku rimas diseksa seperti ini.

Mama RINDU Isya!