Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, 30 March 2010

Muhammad Syafiq

My Sweetheart

Ini anak sulung aku dan cucu sulung dalam keluarga arwah 'Hj Amzah'. Syafiq @ lebih manja bila aku panggil dia 'boy' adalah satu-satunya cucu yang dapat nikmat kasih sayang dari arwah datuknya (arwah ayah meninggal waktu Syafig berumur 4 tahun).
Waktu Syafiq berumur 7 hari, arwah ayah buatkan kenduri cukur jambul & kekah. Meriah betul waktu tu, macam kenduri kahwin (maklum cucu sulung). Bertuah betul Syafiq.

Syafiq suka makan pizza tapi dia akan makan lebih banyak kalau aku masak. Dia cukup suka lauk sambal, tomyam dan ayam goreng. Kalau ada 3 lauk ni, pasti dia akan makan banyak.

Nur Syafiqah Nadhirah

My Precious

Ini anak aku yang kedua. Dia agak pendiam dan suka beralah. Panggilan manja di rumah 'girl' @ 'kakak'. Kakak suka warna hijau, obses dengan warna hijau. Apa pun barang milik kakak, semuanya berwarna hijau (beg sekolah, pencil case, note book, dll). Kakak kata warna hijau nampak segar.
Kakak lebih mirip wajah Papa (ala-ala hindustan gitu). Kakak suka kalau orang kata muka kakak macam Preity Zinta. Bila besar nanti kakak nak jadi 'Awan Dania' tapi 'Awan Dania' tak boleh malu. Kakak agak pemalu orangnya. Tapi aku pernah terdengar perbualan kakak dengan baby, kakak kata dia nak jadi Doktor Pakar Tulang. Wah!!! Aku akan sentiasa berdoa agar cita-cita murni kakak akan menjadi kenyataan. Amin.

Sunday, 17 January 2010

Nur Syahirah Nadiah

My Angel
Ini anak bongsu aku.
Aku panggil dia 'Baby' sebab memang dia baby aku sambil bila-bila pun. Baby suka bergaya, walaupun baru berusia 8 tahun tapi Baby memang pandai melawa. Baby suka nyanyi. Lagu kegemaran Baby ialah Ku Tahu by Mila. Warna kegemaran Baby ialah pink. Baby suka makan kuih apam kecil yang berwarna-warni tu. Baby pandai bergaya bila berhadapan dengan camera. Pasal possing, dialah orangnya. Baby cukup teliti. Apa pun yang Baby lakukan, Baby mahu semuanya sempurna.
Baby pandai ambil hati aku. Baby akan puji masakan aku setiap kali aku masak untuk mereka. Baby suka cium dan peluk aku. Aku happy bila setiap kali Baby buat begitu. Baby juga suka mewarna. Baby akan leka dengan buku-buku mewarnanya.
Aku dan Baby adalah 1.
Kegemaran kami adalah sama. Baby suka makan apa yang aku suka makan. Baby suka buat apa yang aku suka buat. Baby suka baca buku sebab aku pun suka baca buku. Baby suka tengok cerita seram, macam aku. Kesimpulannya, Baby adalah klon aku.

Saturday, 16 January 2010

Hectic Lives

Sejak anak-anak dah mula ke sekolah semula, masa untuk diri aku sendiri sangat terhad. Letih, memang letih tapi aku kena tekadkan azam dan semangat untuk mereka.
5.45 pagi
Seawal ini aku dah bangun walaupun rasa malas yang teramat sangat tapi aku kena bangun untuk siapkan makanan tengahari anak-anak aku bila mereka balik dari sekolah. Sambil memasak lauk yang mereka minta, aku teruskan menyidai baju yang dah aku basuh malam sebelumnya. Bila aku dah selesai sidai baju, aku akan pastikan rumah bersih dikemas dan disapu. Aku kena pastikan semuanya dalam keadaan yang teratur sebab bila aku balik dari kerja petang nanti tak perlulah aku berkemas lagi.
6.30 pagi
Waktu ini, Syafiq dah ke sekolah. Syafiq ke sekolah menaiki trak tapi bila trak tak ada, dia akan menumpang kereta jiran. Selalunya memang dia akan tumpang kereta jiran pun. Terima kasih jiran!!!
7.15 pagi
Kalau tak banyak benda yang aku kena uruskan, waktu ni kami dah keluar rumah. Syafiqah, tahun ni UPSR so selalunya dia kena awal ke sekolah. Tiap-tiap pagi pihak sekolah akan adakan bacaan Yasin khas untuk murid Tahun 6. Kadang-kadang terlambat juga. Maklum, pagi-pagi kadang-kadang tu ada saja halnya.
6.30 petang
Kalau dia tak ada urusan apa-apa, waktu ni aku dah sampai rumah. Selalunya aku akan terus basuh baju, sebab takut tak sempat nak sidai esok. Kalau aku tak letih, aku akan masak tapi selalunya beli saja. Kuat macam mana pun badan aku ni tapi tetap tak larat. Lebih-lebih lagi kalau di pejabat, kerja banyak.
8.30 malam
Setiap hari Isnin & Selasa, Syafiqah akan ke kelas tuisyen.
9.00 malam
Aku kena pastikan waktu ni semuanya dah selesai. Anak-anak dah makan dan kerja-kerja lain pun dah selesai sebab anak-anak kena mula ulangkaji. Kadang-kadang tu macam nak menangis juga dibuatnya, penat sangat tapi aku cuba juga kuatkan diri aku. Aku mahu pelajaran anak-anak tahun ni cemerlang. Tapi ada masa, aku kena curi juga masa untuk aku rehat. kalau aku tak buat macam tu, bila aku letih lagi aku tak boleh nak hadap anak-anak aku. Untuk mereka aku kena pastikan badan dan kesihatan aku sempurna. Kalau aku sakit, siapa yang akan uruskan mereka.
Ya Allah, bukalah hati anak-anakku agar mereka dapat belajar dan menjadi seorang yang cemerlang. Amin.
11.00 malam
Tidurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!
Selamat Malam sayang. Selamat Malam semuanya.

Friday, 1 January 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010!!!

AZAM!!!

Azam untuk anak2 ku!!!
Aku akan pastikan pelajaran anak2 ku akan sentiasa cemerlang.

Banyak perkara yang perlu dan harus aku lakukan untuk itu. Aku perlu tegas dalam membentuk peribadi anak2 ku dan dalam waktu yang sama aku harus memberikan sepenuh kasih sayang pada mereka.

Untuk suami ku!!!
Aku akan menjadi tulang belakang mu sayang walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

Semoga Allah akan mengurniakan rezeki yang melimpah buat mu sayang. Semoga Allah sentiasa memberkati apa jua yang sayang lakukan. Semoga apa yang sayang inginkan akan tercapai. Semoga sayang akan berjaya dalam kerjaya dan politik sayang. Su akan sentiasa mendoakan kesejahteraan sayang. Semoga dijauhkan segala musibah.

Dan semoga kasih sayang antara kita akan kekal SAMPAI SYURGA!!!

...
...
...
...
...

Azam untuk diriku sendiri!!!
Aku ingin dapatkan kembali segala yang pernah aku hilang pada 2009.

Semangatku...
Kehidupanku...
Ketenanganku...
Kebahagiaanku...

Untuk itu, JIWA aku harus kuat. Aku amat berharap agar 2010 akan menjanjikan kehidupan yang lebih sempurna untuk aku sekeluarga. Semuanya bergantung pada diri ku kerana aku yang akan menentukan hala tuju dan membentuk masa depan keluargaku. Bukan orang lain tapi AKU.
Insyaallah!!!
Semoga Allah agar sentiasa memberkati semua usahaku.
Amin!!!

Tuesday, 22 December 2009

Thank you sayang.
Thank you for the wonderful weekend.
You put a smile on me. We really had a wonderful weekend.
Thank you again for your time.
Even though something really important came up,
but still..... there you are..... with your family.
I really appreciated what you have done for us.
We love you!!!!!

Sunday, 13 December 2009

??????????
sama?????????? .......... tapi berbeza
dekat?????????? ......... tapi jauh
??????????
cari
mencari
apa yang dicari??????????
tenang
ketenangan
mana pergi??????????
bahagia
kebahagiaan
BAHAGIA??????????

INSYAALLAH!!!!!!!!!!