Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday 27 October 2011

EVERYTHING begin... TODAY!!!

Faith is believing in things you cannot see
and the result of faith is seeing in things you believe in.

If you believe, it will happen.

Semalam... hubby menyampaikan satu perkhabaran yang memang selama ini aku doakan. Walaupun belum ada kepastian tentang perkhabaran ini tapi insyaallah, ia akan menjadi nyata. Nama hubby tercalon untuk ADUN pada election 2012 ni.

Memang aku gembira sangat. Aku gembira sebab memang ini yang hubby inginkan dalam profesion politik dia. Aku gembira sebab hubby gembira. Tapi dalam waktu yang sama, aku juga cemas. Wah!!! ADUN??? Jangan main2... ADUN!!! Aku cemas... takut. Boleh ke aku hadapi apa pun selepas ini.

Ada beberapa perkara yang harus aku sediakan untuk hubby... laporan bergambar tentang semua aktiviti kemasyarakatan, biodata peribadi dan pencapaian lebih-lebih lagi pencapaian yang berkaitan dengan masyarakat dan macam-macam lagi. Aku akan cuba present yang terbaik untuk hubby.

Untuk diri aku sendiri... tiada alasan lagi untuk aku. Aku harus persiapkan diri aku sekarang... HARI INI. Dan perkara pertama yang wajib aku lakukan ialah... mendaftarkan diri aku untuk belajar memandu, dalam erti kata lain... aku mesti dapatkan lesen memandu dengan kadar segera. Aku tidak boleh bergantung pada hubby saja selepas ini kerana yang pasti hubby akan sibuk dengan tugas dan tanggungjawab dia. Jadi... fikirlah sendiri. BERDIKARI adalah perkataan utama dalam kamus hidup aku selepas ini.

Good Luck to me!!! I know I can do it!!!

Aku boleh!!!