Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday 14 April 2011

Mengapa Wanita Menangis?





Persoalan yang amat menarik bagi saya yang berjaya dirungkaikan oleh Dato’ Dr. Haji Fadzilah Kamsah. Saya ingin berkongsi beberapa informasi yang diperkatakan oleh beliau.


Wanita lebih cepat menangis berbanding dengan lelaki. Wanita juga lebih mudah mengingatkan peristiwa yang boleh menyebabkan dia menangis dan tertawa bila ia mampu. Bagi lelaki, wanita adalah bintang dan pelita. Tanpa pelita maka gelaplah malam mereka.


Punca wanita menangis. Mencuci mata (merupakan salah satu cara untuk meluahkan rasa stress dan dalam masa yang sama dapat membuang bahan kimia yang terdapat dalam mata). Menangis juga mampu mengurangkan stress. Selain dari itu menangis juga sebagai tanda keinsafan dan penyesalan. Sekiranya seseorang wanita itu menangis 2-3 kali atas sebab rasa syukur dan redha; pahala buat dirinya. Kadang-kadang wanita menangis sebagai satu ugutan emosi. Wanita mempunyai 9 emosi dan 1 akal. Emosi yang terkumpul, membentuk peribadi seseorang wanita yang ketara kelembutannya, kasih, bertimbangrasa dan menghargai orang disekelilingnya. Daya tumpuan akal seseorang wanita banyak dipengaruhi oleh emosi samada ia memberi kesan baik ataupun buruk.


Kesan tangisan. Semestinya tangisan akan membuat seseorang itu mendapat perhatian. Tangisan yang berpanjangan juga mampu membuatkan suasana rumahtangga tergugat. Lelaki jadi bingung. Orang lain dapat mesej. Selain dari itu juga, jika kita lihat dari aspek kesihatan, tangisan akan membuat mata kita bersih dan sihat. The world stops at the moment when women cry.


Orang bahagia dan gembira, tidak semestinya dia tersenyum dan orang senyum, sudah semestinya dia gembira.


Penyelesaian untuk mengurangkan rasa sedih.

1. Senyum dahulu dan imbau perkara yang membuatkan anda rasa sedih. Perlahan-lahan melatih diri supaya tidak sedih dan menangis lagi.

2. Selalu berdoa kepada Allah.

3. Belajar untuk redha (baik atau buruk adalah untuk kebaikan hambaNYA).

4. Sentiasa tersenyum. Banyak hormon baik yang keluar dan membantu seseorang wanita untuk memulakan hari dengan penuh keyakinan dan gembira.


Tangisan seseorang wanita adalah untuk melaungkan suara hati. Minta dibelai, disayangi dan dipamerkan kasih sayang (ia terpendam dan terbuku dalam hati). Ramai yang tidak tahu bahawa apabila seorang suami menaikkan suara samada sedar atau tidak, ia menjadi antara punca mengapa seorang isteri mudah menangis. So, control your voice projection!