Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday 8 March 2011

La Tahzan... Jangan Bersedih... Don't Be Sad

Ya Allah, Ya Tuhanku!
Aku bermohon kepada Mu Ya Allah! Kau berikanlah aku kekuatan.

Kekuatan hati.
Kekuataan rohani.
Kekuatan diri.

Agar aku dapat mengharungi hari-hari ku yang sememangnya tidak pernah lepas dari sebarang dugaan.

Ya Allah, Ya Tuhanku!

Gagalkah aku?
Gagalkah aku sebagai seorang ibu?
Gagalkah aku sebagai seorang isteri?
Gagalkah aku?

Aku ingin bahagia. Bahagia bersama anak-anakku dan dia tapi di manakah bahagia itu?

Aku tahu dugaan ini tidaklah sehebat mana. Mungkin ada yang di luar sana, dugaan yang mereka terpaksa hadapi lebih dasyat tapi kenapa sukar untuk aku dan anak-anak hidup tenang, hidup gembira dan hidup bahagia.

Aku tahu, dia terlalu sayangkan anak-anak. Dia mahukan yang terbaik untuk anak-anak tapi begitukah caranya? Wang ringgit tidak cukup untuk buat kami bahagia. Kemewahan yang dia berikan hanya harta di dunia. Kemewahan lahiriah. Apa guna jika kami ada segalanya, apa pun yang kami minta pasti akan ditunaikan tapi pada hakikat yang sebenarnya jiwa kami meronta. Jiwa aku meronta. Jiwa anak-anak meronta.

Aku juga tahu, tidak semudah itu bila anak-anak meningkat dewasa. Bila anak-anak di dalam usia remaja. Mungkin Syafiq salah. Mungkin Syafiq nakal tapi pernahkah dia terfikir kenapa Syafiq jadi begitu? Kenapa?

Aku cuba untuk menjadi ibu dan isteri yang terbaik. Aku cuba untuk membahagiakan anak-anak dan dia.

Ya Allah, Ya Tuhanku!
Sekali lagi aku bermohon kepadaMu. Kau berilah aku kekuatan kerana aku perlukan kekuatan itu.