Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday 30 April 2010

New In Town

Nyum2!!! Look... what's new in town.
The 'banana muffin' is so yummy!!!
I'm so happy that Famous Amos is in town. Now I can eat my favourite muffin everyday


Monday 26 April 2010

UNBREAK MY HEART

How do you stop crying when you are hurting inside and out? What do you do? When the one and only person in the whole world who can make you stop, is the reason you are crying in the first place.
I'm trying to keep it together with a smile on my face and my head held high. The truth is I'm dying... from the inside.

Sunday 18 April 2010

Dulu, Kini, Selamanya

Look what I have found!!! Wrigley's Spearmint Chewing Gum!!!

Saat pertama bertembung dengan si dia (waktu tu di dalam bas). Aku baru balik dari Bandar Melaka, pergi photostat nota Tingkatan 6. Tak sangka pulak, dia juga naik bas yang sama. Bila sampai di Simpang Terendak waktu dia nak turun, dia beri aku chewing gum ni.
That was in year 1989, 21 years ago. Bila dikenangkan kembali saat mula2 perkenalan antara aku dan dia, tersenyum sendiri aku dibuatnya. So sweet!!!

Friday 16 April 2010

Aku & Dia

Aku & dia (siapa lagi kalau bukan dia).

Tanya sama hati apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra
Tanya sama hati pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang
Jikalau tidak kerana sayang
Kuntuman kasih tak mungkin kembang
Andainya jemu mengganti rindu
Jambangan mesra tentulah layu
Tanya sama hati apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Monday 12 April 2010

My 1st Malay Novel

Percaya tak? Seumur hidup aku, inilah novel Bahasa Melayu yang pertama aku beli. Bukan aku tak suka baca buku cerita Bahasa Melayu cuma kurang minat. Buku ni memang bertuah kerana menjadi buku cerita Bahasa Melayu pertama yang akan duduk seiring dengan koleksi buku aku yang lain. 'Andai Itu Takdirnya' berjaya membuat aku tidak senang selagi aku tidak membaca hingga ke ayat yang terakhir. Ceritanya memang menarik. Bayangkan... aku boleh menangis tersedu bila membacanya. Tak rugi beli buku ni, lagipun bukan mahal sangat pun cuma RM19.90 je.

Friday 2 April 2010

Hanya di sini saja, hanya di blog ini... aku mampu meluahkan apa yang terbuku di dalam hatiku.

Aku rasa lega sedikit.
Aku harap aku akan lebih rasa lega selepas ini dan hari-hari seterusnya.

Ya Allah!!!
Kau berilah aku kekuatan.

Demi anak-anakku, aku harus kuat.
Aku harus tabah kerana aku sayangkan mereka dan aku mahu mereka BAHAGIA.

Amin.

KENAPA????? WHY?????

Mungkin ada sesetengah orang akan cuba pamerkan hanya yang terbaik dalam blog mereka. Mereka tidak mahu ada yang tahu apa sebenarnya yang mereka lalui.

'Bohong' kalau dalam kehidupan tak ada pasang surutnya.

'Mustahil' setiap orang akan berasa bahagia selalu. Tidak banyak sikit pasti seseorang itu akan alami bermacam-macam perasaan.

MARAH... KECEWA... SEDIH... SAKIT HATI...
GEMBIRA... BAHAGIA...
dan 1001 macam perasaan lagi!!!

Aku bingung.
Aku tak tahu kenapa kebelakangan ini perasaan aku bercelaru.
Aku sendiri tak tahu apa sebenarnya yang aku rasa cuma yang pasti aku rimas dengan apa yang terpaksa aku rasa waktu ini.

Mungkin kerana 'Sejarah Hitam' itu?
Mungkin... sebab kebelakangan ini walau sekuat manapun aku cuba hindar, aku cuba untuk tidak mengingatkan kembali apa yang telah berlaku, semakin kuat ia bermain dalam benakku.
Aku tak tahu pada siapa untuk aku mengadu.
Aku tak tahu pada siapa yang faham untuk aku luahkan diri aku.
Semakin hari semakin kuat ia berlegar-legar dalam kepalaku.
KENAPA????? WHY?????
Kenapa terlalu sukar untuk aku lupakan?
Kenapa payah untuk aku keluar dari kemelut ini? KENAPA?????
Kenapa hati aku masih terlalu sakit???
Kenapa hati aku masih luka???
Kenapa sukar untuk aku capai azamku?
Aku inginkan kembali...
... semangatku
... kehidupanku
... ketenanganku
... kebahagianku