Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday 12 November 2009

(tarikh keramat)

Kebahagiaan adalah satu perkara yang abstrak yang tidak dapat dilihat oleh mata, tidak boleh ditukar, ditimbang atau dibeli dengan wang dan harta tetapi kebahagiaan adalah satu anugerah ALLAH dan rahmat ALLAH.

Aku bersyukur dengan anugerah dan rahmat yang telah ALLAH diberikan padaku.

Hari ini adalah hari yang begitu bermakna bagiku.
Hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke 16 tahun.

Semoga kebahagiaan ini akan kekal milik kami SAMPAI SYURGA.

Friday 6 November 2009

Seperti hari-hari lain... sedang menunggu...
Sampai bila???
Sampai hati aku jadi batu???

"JUMAAT"
Kata orang hari ni merupakan penghulu segala hari tapi bagi aku
bila setiap kali datangnya JUMAAT aku akan rasa sesuatu yang sukar
untuk aku terangkan.
Walaupun JUMAAT adalah hari yang patut dimuliakan tapi bagi aku...
JUMAAT akan sentiasa mengingatkan aku pada peristiwa itu.

Peristiwa yang takkan aku lupakan...
Peristiwa hitam...

JUMAAT 27 Februari 2009

Jumaat yang telah meragut segala kebahagiaanku...
Jumaat yang telah merentap semangatku...
Jumaat yang telah mematikan jiwaku...
Jumaat yang telah memusnahkan hidupku...
Jumaat...
Jumaat...
Jumaat...

Namun di JUMAAT inilah aku berjanji
aku akan bangun
aku akan kumpulkan segala sisa-sisa semangatku
untuk ku pulihkan jiwa dan kehidupanku
demi mereka... anak-anakku

Ya Allah!!!
Kau berilah aku kekuatan agar dapat aku lalui hari-hariku... amin.

PASTIKAN

Lihatlah langit di atas sana
Tersenyum melihat tingkah kita
Selalu ada peristiwa
Yang membawa pertengkaran

Maksudku hanya ingin yang baik
Untuk kita berdua dalam bercinta
Baiknya aku buruknya aku
Terimalah aku apa adanya

Pastikan kau dengan aku
Jangan ada cinta lain
Tak pernah aku terlintas
Niatku untuk berpaling

Maafkanlah aku sayang
Bila belum kau bahagia
Sejauh langit di atas
Kan ku kejar bahagiamu

Biar langit dan bumi meruntuh
Bias jasad kita tertimbun di sana
Tetap bersama, tak ingin lepas
Mencintaimu ku jadi begini